يَسِّرُوا وَلا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلا تُنَفِّرُوا

Tentang Penulis

Dilahirkan beberapa puluh tahun yang lalu sekitar tahun 1986 di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sekarang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memegang amanah sebagai Presiden Persatuan Bahasa Arab UPSI. Tujuan utama penulisan blog adalah untuk berkongsi apa yang ada dan saling bertukar-tukar pendapat. 'Kita bersepakat dalam perkara yang kita sepakati dan kita berbeza pendapat dalam perkara yang sepatutnya'.

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” [An-Nisa’ 4: 59]

Sabda Rasulullah: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi

*Hadith ini shahih seperti mana ditahqiiq oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah asShahihah, 2/647, #937



Istikharah

by Ibnu Shaffii | Thursday, November 20, 2008 in |

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:





Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari VII/162]

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman:



"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah". [3:159]

Sahabat-sahabatku, jika berkemampuan marilah sama-sama kita menghafal doa di atas. Bukan untuk kegunaan orang lain tetapi untuk diri sendiri. Kita tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Maka kita mohon pada Allah supaya memilih @ membuat keputusan untuk kita kerana barangkali suatu benda itu kita sangka baik sedangkan ia tidak baik untuk kita dan barangkali suatu benda itu kita sangka tidak baik sedangkan ia baik untuk kita.

Sebagai muhasabah, cuba kita renungkan entah berapa banyak perkara yang berlaku pada ketika kita ditimpa kesusahan kita rasa ia sangat tidak baik untuk kita. Tetapi apabila ianya berlalu kita mula dapat memikirkan hikmah dan kehendak Allah Azza Wajalla kepada hambaNya. Begitu juga entah berapa banyak perkara pada andaian dan jangkaan kita ianya baik lalu kita buat dengan bersungguh-sungguh tetapi sebenarnya ianya sangat tidak baik untuk kita.

Wallahu a'lam...

0 comments: