يَسِّرُوا وَلا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلا تُنَفِّرُوا

Tentang Penulis

Dilahirkan beberapa puluh tahun yang lalu sekitar tahun 1986 di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sekarang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memegang amanah sebagai Presiden Persatuan Bahasa Arab UPSI. Tujuan utama penulisan blog adalah untuk berkongsi apa yang ada dan saling bertukar-tukar pendapat. 'Kita bersepakat dalam perkara yang kita sepakati dan kita berbeza pendapat dalam perkara yang sepatutnya'.

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” [An-Nisa’ 4: 59]

Sabda Rasulullah: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi

*Hadith ini shahih seperti mana ditahqiiq oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah asShahihah, 2/647, #937



Aku menulis lagi

by Ibnu Shaffii | Saturday, May 09, 2009 in | comments (0)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...

Alhamdulillah... Tiba-tiba malam ni rasa nak menulis setelah beberapa bulan tak menulis. Agak sibuk semester ni. Jenuh juga nak sign in sebab dah lupa pasword. Test punya test 2-3 kali baru dapat log in.

Semester dah berakhir. Final exam pun dah berakhir tapi tanggungjawab sentiasa bertambah. Aku teringat satu entri dalam satu blog, penulis blog tu memberitahu kebanyakan kita hanya merasa bertanggungjawab apabila ada jawatan. Bagiku, ada betul juga kata-kata penulis tu. Kita sentiasa dibebani dengan tanggungjawab tapi bagaimana kita menguruskan tanggungjawab itu lebih utama daripada kita lari daripada tanggungjawab.

Walaupun cuti semester dah bermula tapi belum boleh balik lagi ke kampung. Ada beberapa perkara perlu dibereskan terutama 'Program Mari Mengajar'. Dalam mesyuarat dengan Dato NC minggu lepas, beliau amat bersungguh-sungguh untuk memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) ni. Aku amat respek terhadap beliau. Sama-sama kita doakan semoga projek ni berjalan dengan lancar walaupun biasanya kerja-kerja baik akan ada halangannya.

Untuk peserta 'Program Mari Mengajar', teruskan usaha kalian untuk mengajar. Sesungguhnya pengalaman tak dapat dibeli. Ia hanya dapat dirasai setelah mengalaminya sendiri. InsyaAllah aku akan sentiasa ada untuk membantu selagi mana mampu.

Aku rasa setakat ni dulu untuk kali ni. InsyaAllah ada masa aku akan menulis lagi.

Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?

by Ibnu Shaffii | Thursday, December 25, 2008 in | comments (0)

Untuk mengetahui siapakah Ahli Sunnah yang sebenar boleh klik pada gambar di bawah:




Balik Kampung

by Ibnu Shaffii | Tuesday, December 23, 2008 in | comments (0)


Bismillahirrohmanirrohim...

Lebih kurang jam 7.00 petang 22 Disember 2008 bas yang dinaiki tiba di stesen bas Kota Bharu. Sampai juga aku dengan selamat walaupun agak lambat dari biasa. Alhamdulillah... Bas yang sepatutnya berlepas dari Terminal Hentian Putra Kuala Lumpur pukul 10.00 pagi terlewat sehingga jam 11.00 pagi menyebabkan agak lewat sampai di Kota Bharu. Mujurlah sepanjang perjalanan tidak ada halangan yang melambatkan perjalanan bas.

Kini aku berada di kampung untuk sama-sama menikmati cuti semester seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain yang telah lama cuti. Baru merasa dapat bercuti. Walaupun ada kawan-kawan yang dah balik ke UPSI tetapi itu tidak menjadi masalah kerana mereka ada urusan yang perlu diselesaikan.

Tiket yang dibeli pada 4 hb Januari 2009 terpaksa dijual balik kerana aku terpaksa pulang lebih awal kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum pembelajaran bermula iaitu pada 5 hb Januari 2009. Antaranya 2 kertas kerja yang belum siap dan juga beberapa urusan dengan HEP dan persatuan.

Berada di kampung tidak beerti boleh berehat sewenang-wenangnya. Walau di mana sekalipun berada ilmu tetap mesti dicari. Di kampung lain caranya berbanding di kampus. Apa yang penting pencarian ilmu tidak hanya melalui dalam kelas semata-mata. Hanya kemahuan dan usaha menjadi kayu pengukur.

Bermula semester hadapan tanggungjawab aku semakin bertambah. Aku sentiasa berharap dapat membetulkan diri sendiri dan juga menjadi contoh kepada orang lain. Juga dapat membuat penambahbaikan dalam akhlak dan juga ilmu pengetahuan samada ilmu akademik dan juga ilmu agama.

Wallahua'lam.

p/s: Islam ditegakkan Sunnah dihidupkan

Suatu Kemestian

by Ibnu Shaffii | Wednesday, December 17, 2008 in | comments (0)




Tuk tuk tuk...

"Assalamualaikum ustaz".

"Waalaikummussalam warohmatullah. Masuk-masuk..."

Aku dengan menggaru-garu belakang kepala yang tak gatal masuk ke bilik ustaz Khairul untuk berbincang dengan beliau mengenai kertas kerja yang dihantar beberapa minggu yang lalu oleh dua orang sahabat seperjuangan iaitu Nazri dan Rafaie.

Aku dipelawa duduk dan tanpa membuang masa aku duduk sambil mata menjeling ke arah 2 kertas kerja atas meja ustaz. Aku menceritakan serba sedikit mengenai keadaan sekarang dan bertanyakan tentang kertas kerja itu.

"Macam mana ustaz?", aku bertanya.

"Ok je cuma ada beberapa penambahbaikan dalam kertas kerja ini", balas ustaz lalu menunjukkan perkara yang patut diperbaiki dalam kertas kerja itu.

Aku mendengar satu persatu apa yang ustaz perkatakan dan aku mengeluarkan pen serta buku nota yang memang aku bawa untuk catat apa-apa yang patut. Rupa-rupanya baru aku menyedari pen yang dibawa sudah tidak ada dakwat.

"Nak cepat punya pasal tadi sampai ambil pen yang takde dakwat", keluh aku sendirian.

Aku terus mendengar kata-kata ustaz. Kami juga berbincang mengenai hala tuju persatuan untuk semester akan datang. Setelah satu jam lebih berbincang aku memohon untuk berundur. Ustaz sempat berpesan padaku jangan lupa tujuan asal iaitu untuk berdakwah dan persatuan ini sebagai platformnya.

Aku terus ke Pekan Tg Malim untuk membeli tiket bas ke Puduraya kerana hujung minggu ni aku ada satu lagi program. Terpaksa bertolak awal kerana telah 'dihalau' dari kolej. Teringat juga ayam itik kat kampung.

Besar juga tanggungjawab aku nanti. InsyaAllah akan sama-sama memperkuatkan persatuan ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Apa yang aku harapkan sokongan dari sahabat-sahabat semua. Itu sudah mencukupi.

Aku teringat satu pesanan tapi tak ingat siapa yang bagi pesanan ni kat aku "Walaupun 10 kali kita buat kebaikan tapi sekali kita buat kesalahan orang akan nampak yang salah itu dulu". Apa-apa pun kita cuba buat yang terbaik dan jangan kita hanya mengharapkan redha manusia semata-mata tetapi lebih mengharapkan redha Allah kerana bukan semua perkara yang Allah izinkan ia berlaku dibawah redhaNya. Tetapi semua yang diredhai mendapat izinNya.

Semoga semua perkara yang kita lakukan sentiasa mendapat izin dan redhaNya dan bukan hanya izinNya sahaja. InsyaAllah. Banyakkan bersyukur atas apa ada dan berusaha untuk memperbaiki diri. Aku sangat mengalu-alukan kepada sahabat-sahabat yang ingin membetulkan diriku kerana aku menyedari sangat banyak melakukan kesalahan kerana kejahilan.

"...Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." [Luqman 31: 12]

Wallahua'lam.

Selesai Sudah...

by Ibnu Shaffii | Tuesday, December 16, 2008 in | comments (0)


Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum wbt... Hari ni 16 Disember 2008 adalah hari pertama selepas 'dibebaskan' dari latihan Palapes. Jika sebelum ni semua pergerakan adalah terikat dan ikut jadual yang disediakan tapi bermula hari ni bebas bergerak. Suka dan duka menjadi kenangan kerana latihan kali ni adalah yang terakhir sepanjang 3 tahun menjalani latihan ketenteraan. Walaupun kebanyakan aktiviti tidak aku ikut serta kerana kecederaan yang dialami (Anterior Cruciate Ligament Injury) tapi aku bersyukur kerana masih lagi dapat mengikuti perkembangan dan menimba ilmu tentera walaupun tidak semua.

Syukur pada Allah dan berterima kasih kepada semua jurulatih dan paling utama kepada ketua jurulatih, Mejar Yusrizam kerana mengecualikan aku dari beberapa latihan. Bukan aku tak mahu buat tapi dinasihatkan doktor supaya tidak buat aktiviti-aktiviti berat dan aku ikut nasihat doktor tu. Banyak yang aku belajar dari beliau terutama dari segi kepimpinan dan cara menjaga anak buah. Walaupun beliau mendidik dengan cara askar tapi itulah yang selayaknya bagi beliau kerana beliau memang seorang askar.

Mungkin bagi seorang bukan Palapes akan rasa kurang senang dengan bahasa-bahasa yang digunakan tapi itulah cara askar mendidik. Teringat ketika mula2 beliau ditukar ke Palapes UPSI tengok muka beliau je memang cuak. Tapi sekarang dah boleh bergurau senda. Banyak nasihat2 yang diberikan yang boleh digunakan pada masa akan datang.




Hidup perlu diteruskan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mejar Yusrizam akan posting ke MINDEF bermula semester hadapan. Aku doakan semoga beliau berjaya dalam hidup dan mencapai cita-citanya. Segala yang baik itu perlu diambil manakala yang tak baik itu dijadikan sempadan. InsyaAllah aku akan sentiasa ingat seorang pemimpin yang sentiasa mementingkan anak buah ni. Satu ayat insyaAllah aku akan sentiasa ingat iaitu hormat diri sendiri dahulu sebelum mahu orang lain hormati kita.

Sama-sama nyanyikan lagu 'Teman Sejati' untuk CI.

Lagu ni sama2 kami nyanyikan untuk Ketua Jurulatih:

Sayonara... sayonara... sampai berjumpa lagi,
Sayonara... sayonara... sampai berjumpa lagi,
Buat apa susah, buat apa susah,
Susah itu tak ada gunanya,
Buat apa susah, buat apa susah,
Susah itu tak ada gunanya,
Ingat ingat itu Remember,
Jangan lupa Don't Forget,
Saya sayang kamu I love U,
Hanya kaulah Only You...

Wallahu a'lam...

Kem Tahunan

by Ibnu Shaffii | Sunday, November 23, 2008 in | comments (0)

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini menulis lagi. Saat ini mungkin hari terakhir menulis sebelum blog ini tidak di'update' untuk suatu tempoh yang agak lama. Lebih kurang 15-20 hari. Hari ini adalah hari terakhir persiapan bagi semua pegawai kadet Palapes UPSI. Membeli yang mana patut. Satu barang je tak cukup dapat rasakan akibatnya. Istilah yang popular bagi setiap kadet ialah NKB (Nasib Kurang Baik). Bak kata jurulatih 'kau mintak kau dapat'.

Kem tahunan kali ni adalah yang ketiga bagi aku. Bermula 24 November - 15 Disember 2008 kalau tak silap. Latihan bermula jam 6 pagi - 12 tengah malam. Lepas ni dah takde dah. Pelbagai suka dan duka sepanjang dua kali kem tahunan tahun-tahun lepas. Semasa latihan kebanyakan kadet 'berduka' tapi setelah latihan semuanya 'bersuka'. Bagi aku apa-apa pun, perlulah bersederhana dalam semua perkara. Tapi terkadang-kadang 'lost control' juga. Biasa la mental.



Perkara yang paling aku risau ialah mengenai penjagaan solat. Bukan aku nak memburukkan sesiapa tapi ada yang tidak menjaga solatnya. Kebelakangan ini ramai umat tidak berapa prihatin mengenai solatnya. Aku doakan semoga kali ni semua kadet tidak meninggalkan solat kecuali mereka yang terkecuali. Alhamdulillah beberapa hari lepas berpeluang menemui seorang pensyarah UPSI untuk bertanyakan tentang solat. Semakin banyak bertanya semakin banyak yang tak tahu. Setelah bertanya apa yang ingin ditanya ternyata Islam itu sangat mudah. Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan.

Contohnya, jika kita tidak mendapati air setelah puas mencari maka kita dibolehkan tayammum dengan syarat telah masuk waktu. Juga boleh memakai kasut dan tidak perlu membukanya semasa mengambil wudu'. Beberapa pemerhatian yang aku buat, kebanyakan kita akan rasa pelik jika lihat seseorang solat selain daripada cara dia solat. Dan mula menuduh macam-macam tanpa mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu.



Ingatan untuk sahabat-sahabat dan juga aku sendiri jangan kita cepat menuduh atau melabel seseorang tanpa kita selidiki terlebih dahulu dalam apa-apa perkara sekalipun. Aku ingin berkongsi satu sejarah di mana suatu ketika dulu aku ada juga melabel beberapa orang kerana terikut cakap orang-orang sekeliling. Tapi setelah membuat sedikit kajian dan pembacaan ternyata perkara sebaliknya berlaku. Astagfirullahal 'azim...

Mohon pada Allah supaya sentiasa melimpahkan rahmahNya dan semoga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayah. Wallahu a'lam.

Comparative Religion

by Ibnu Shaffii | Friday, November 21, 2008 in | comments (0)


Bismillahirrohmanirrohim...

Di bawah ialah emel yang dihantar kepadaku oleh moderator FCR Alumni Yahoo Group dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Penulis asal ialah bro Mas Yuri pensyarah di Twintech.

Salam untuk FCR Alumni member yang berada di oversea termasuk bro Danialabglong98@.. . di Australia. Saya nak share info dengan u all. Alhamdulillah, approach FCR sekarang semakin kerap dibuat di merata-rata tempat di Malaysia. Dan alhamdulillah dari waktu ke waktu usaha sedang dibuat untuk melahirkan lebih ramai speaker baru.

Antaranya ialah bro Lim abdlim@... sedang berusaha untuk melahirkan speaker2 di kalangan mix races, in which, at least 10 of them adalah cina revert. Let us support & doakan usaha yang sudah pun dimulakan ini. Also, ada usaha yang sama di kalangan FCR Alumni samada yang berpusat di IIS ataupun di IPT2 untuk melahirkan speaker2 baru. Contohnya, bulan puasa baru2 ni, first time dalam sejarah, student IPT sendiri yang jadi speaker untuk setiap tajuk dalam program FCR kat tempat diorang. Tahniah kepada bro & sis dari Royal College of Medicine Perak (RCMP) di Ipoh.

Semoga usaha dakwah semakin subur di tempat u all. Begitu juga dengan usaha Karisma, iaitu salah satu persatuan Islam di IPT, yg sedang berusaha untuk melahirkan speaker di kalangan ahli usrahnya. Let us doa & supportbro Faizal care_257@... & the team yg dididik oleh our bro Nicholasnsma88@... from JIM.

Tak lupa juga usaha hebat our bro from USM Kubang Kerian yg benar2 berjihad untuk melahirkan & seterusnya meningkatkan minat dakwah di kalangan studentnya dengan "Peradaban Nabawi"; & usaha luar biasa IPSI under bro Kamarudin ipsi7@... & bro Sirajudin siraj_07@... yang begitu ketara skillnya dalam menerangkan Islam kepada tourist yang datang ke masjid2, selain usaha yang sama hebat dengan usaha bro from USM KK tadi. Begitu juga dengan senior2 FCR especially di kalangan student & ex student MMU & UM yang masih kekal berada di landasan kerja2 dakwah & menghandle mualaf sejak sekian lama.

Sudah semestinya usaha2 student dari macam2 persatuan Islam & individu dari Darul Quran, UMP, KYUEM, UPSI, KSKB, IPBA, IIC, Unisel dan lain-lain adalah pelengkap kepada usaha2 student, especially under PMI, di beberapa IPTA utama. Also Twintech tempat saya cari rezeki pun sedang berjalan. Dan jangan lupa doakan supaya usaha bro Auzan auzan_hasanuddin@ ... untuk menjadikan FCR sbgai program rasmi (official event) di UIA menjadi kenyataan suatu hari nanti.

So, macam mana pulak dengan suasana di oversea? Saya percaya walaupun"marketing dakwah" di Mesir tak la sebesar "market" di Eropah, tapi broFirdaus sim_kingstorm@ ..., sis Maryam ukhtaharun@. .. & Co insyaAllah takkan lupakan skill & knowledge yang dah dipelajari semasa di Malaysia dulu. Hence I suggest that kalau ada kemampuan, korang bawa la our Main Trainer ke sana.

The same thing goes to our bro & sis in Europe & everywhere di oversea? Takda ke plan nak bawa terus program FCR ke tempat korang? Saya cadangkan our bros & sis di Moscow, Dublin & UK bernetwork sesama sendiri. Cadangan saya korang invite bro Shah shah@... & bro Lim. I knowthat this effort is possible since I was there before. But how to convince people to bring FCR ke sana? InsyaAllah we'll share the method thru personal emel.

Siapa patut organize kat sana nanti? We don't care at all samada Jemaah A, Jemaah B, Jemaah C mahupun Jemaah Z. Atau dengan perkataan lain – WE ARE ALL JEMAAH BLINDED. Yang penting ialah kita cuba melahirkan environment yang sukakan Dakwah di kalangan Muslim samada dengan approach FCR ataupun approach yang lain.

So, amacam sis Iman ichiruma_shikaka@ ... & the geng di Moscow? Sis Humaira maira_173@.. . di Dublin (we are the same batch FCR in Feb last year)? & bro Anas all_gamerz@. .. yang baru je sampai UK dengan bro Anwarkhairul_anwar88@ ...? Bro & sis di Kolej Mara Banting & KYUEM
pulak, please build up network dengan our bro/sis kat Europe start from now. Kalau perlu, u all boleh jadikan saya sebagai perantara.

Harapan kita, semoga satu hari nanti, tak kira di mana kita berada, setiap kali kita melihat our bro & sis yg bertanda putih di dahi, berantai salib di leher, atau yg meng"asap" di tokong, kita akan berperasaan Engkau Adalah Saudaraku. Dengan keadaan begitu, diharapkan ia akan mencambahkan minat kepada Dakwah & seterusnya minat mengenali & mencintai Islam di dalam diri kita sendiri.

Begitu juga dengan golongan Mat Rempit, Bohsia, Bohjan, Mat Gian dan sebagainya. Hopefully, satu hari nanti kita akan memandang golongan ini dengan perasaan "Love" sebagaimana perasaan Nabi Muhammad saw terhadap semua golongan. Biarlah kita terlambat berbanding kebanyakan Misionari Kristian yang sudahpun meniru perasaan Nabi saw terhadap umat manusia, tetapi yang penting kita perlu mulakan usaha tersebut. Semoga tiada lagi pandangan hina bila berdepan dengan golongan bermasalah tadi.

Usaha begini mmg menjadi cita2 di kalangan orang2 yang benar2 ikhlas dlm berdakwah. Dan insyaAllah saya percaya semua FCR Alumni YG member memang tergolong dalam kumpulan ini. Akhir sekali doakan juga supaya approach FCR ini akhirnya akan sampai ke peringkat sekolah menengah yang akan dihandle oleh student2 & "bakal" ex-student IPT2 di Malaysia & di oversea, selain doa kepada usaha sis Shahanim shahanim_hani@ ... yang telah & masih membawa approach FCR ke dalam rancangan TV melalui Skrip Drama & Cerekarama yg
ditulisnya.

Soalan Assignment:

Adakah FCR merupakan approach terbaik dalam melakukan Dakwah?

Jawapannya adalah YA!
Tetapi approach selain daripada FCR juga adalah yang TERBAIK!

FCR hanyalah salah satu daripada banyak approach yang kita boleh gunakan semasa berdakwah. Ia adalah approach terbaik bila digunakan bagi situasi & kepada golongan tertentu. Begitu juga approach yg lain juga adalah terbaik untuk situasi & golongan tertentu as long as mengikut acuan yang Allah & RasulNya ajar. Therefore, never say that we have the best approach. Instead, we must try our best in doing Dakwah by using WHATEVER approach.

Mas-Yuri Mahyiddin
znflhev@...
013-6159030