يَسِّرُوا وَلا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلا تُنَفِّرُوا

Tentang Penulis

Dilahirkan beberapa puluh tahun yang lalu sekitar tahun 1986 di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sekarang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memegang amanah sebagai Presiden Persatuan Bahasa Arab UPSI. Tujuan utama penulisan blog adalah untuk berkongsi apa yang ada dan saling bertukar-tukar pendapat. 'Kita bersepakat dalam perkara yang kita sepakati dan kita berbeza pendapat dalam perkara yang sepatutnya'.

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” [An-Nisa’ 4: 59]

Sabda Rasulullah: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi

*Hadith ini shahih seperti mana ditahqiiq oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah asShahihah, 2/647, #937



Cara Menaip

by Ibnu Shaffii | Friday, November 14, 2008 in |




Bismillahirrohmanirrohim...

Hari ini nak kongsi satu maklumat yang boleh dikatakan agak berguna juga untuk kita sebagai mahasiswa dan juga bakal guru dimana pada zaman ini kebanyakan perkara yang ingin diselesaikan mesti menggunakan komputer. Melalui kajian tidak rasmi yang dijalankan kepada kawan-kawan, kebanyakannya tidak mengetahui cara yang mudah lagi efektif untuk menaip dan tidak menggunakan sepenuhnya jari ciptaan Allah untuk menaip.

Di sini aku ingin berkongsi cara menaip seperti gambar di atas. Cara ini sebenarnya lebih senang tetapi memerlukan latihan yang berterusan. Bukan sehari dua sudah dapat menguasainya. Iklan popular Formula One pun menggunakan slogan ini ' Practice makes perfect'. Juga dalam Bahasa Arab 'Man Jadda Wajada'. Aku sendiri pun belum berjaya lagi untuk menguasai sepenuhnya kemahiran ini. InsyaAllah lama kelamaan untuk menaip menggunakan papan kekunci anda semua hanya tengok pada skrin je bukan lagi pada papan kekunci semata-mata.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu Allah ini dapat diambil manfaatnya. Wallahu a'lam.

Sumber Gambar

0 comments: