
Hensetku yang aku set dengan lagu Cromok berbunyi pada pagi itu. Lantasku jawab kerana sememangnya panggilan itu ditunggu-tunggu:
Penulis: Assalamualaikum We...
Kawan Penulis: Waalaikummussalam. Demo duk mano Zim?
Penulis: Kawe duk ghumoh saing kat Tame Maling (Tmn Malim) nih. Demo duk mano?
Kawan Penulis: Kawe duk KHAR Zim.
Penulis: Kawe ingat ko nok jupo demo tepi jale we. Gini la kito jupo kat depe Tokong.
Kawan Penulis: Bereh Zim. Meta lagi kawe sapa.
Penulis: Bereh We. Assalamualaikum.
Kawan Penulis: Waalaikummussalam.
Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan kawan yang baru beberapa bulan aku kenal daripada KAB. Tapi dah macam bertahun-tahun kenal. Mungkin juga kami satu negeri menyebabkan kami agak rapat juga walaupun jarang bertemu di UPSI.
Sebenarnya pada pagi itu kami telah berjanji untuk menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran pihak Surau Al-Khairiah, Jalan Ketoyong. Lalu bersama seorang lagi kawan aku terus memecut Honda Wave 100 aku terus ke Jalan Ketoyong. Waktu aku melintasi lampu isyarat dari jauh aku telah lihat kawanku dari KAB telah menungguku. Tanpa membuang masa aku tidak menghentikan motorku dan kawanku itu ikut dari belakang.
Sampai di Surau Al-Khairiah, kebanyakan peserta adalah orang kampung dan beberapa orang saja pelajar UPSI. Kursus bermula lebih kurang jam 9.00 pagi dan tamat jam 1.00 tengahari. Penceramahnya adalah Ust Shamsuri dari Jabatan Agama Islam Slim River. Antara pengisian adalah teori dan praktikal untuk memandi dan mengapankan jenazah. Diselitkan juga sesi soal jawab sepanjang kursus itu berlangsung.
Ternyata sangkaanku sebelum ini macam mana memandi dan mengapankan jauh meleset. Selepas tamat kursus itu, aku optimis aku boleh memandi dan mengapankan jenazah selepas ini. InsyaAllah. Masa belajar untuk peperiksaan yang aku luangkan sedikit amat bermakna dan pulangannya lebih besar untuk digunakan pada masa akan datang.
Kepada kawan-kawan, aku amat berharap rebutlah peluang jika ada. Jangan kita cepat mengatakan kita sibuk dengan belajar semata-mata. Luaskan lagi erti belajar itu. Tapi bukan bermakna kita perlu meninggalkan tanggungjawab kita yang utama. Apabila keluar dari UPSI (InsyaAllah), kita mungkin akan lebih sibuk lagi dan masa untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini lebih sukar didapati.
Demikian sahaja coretan ni, aku mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersalah cakap. Ketahuilah setiap anak Adam itu tak lepas dari melakukan dosa. Sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang-orang yang bertaubat.
Wallahu a'lam.