
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum wbt... Hari ni 16 Disember 2008 adalah hari pertama selepas 'dibebaskan' dari latihan Palapes. Jika sebelum ni semua pergerakan adalah terikat dan ikut jadual yang disediakan tapi bermula hari ni bebas bergerak. Suka dan duka menjadi kenangan kerana latihan kali ni adalah yang terakhir sepanjang 3 tahun menjalani latihan ketenteraan. Walaupun kebanyakan aktiviti tidak aku ikut serta kerana kecederaan yang dialami (Anterior Cruciate Ligament Injury) tapi aku bersyukur kerana masih lagi dapat mengikuti perkembangan dan menimba ilmu tentera walaupun tidak semua.
Syukur pada Allah dan berterima kasih kepada semua jurulatih dan paling utama kepada ketua jurulatih, Mejar Yusrizam kerana mengecualikan aku dari beberapa latihan. Bukan aku tak mahu buat tapi dinasihatkan doktor supaya tidak buat aktiviti-aktiviti berat dan aku ikut nasihat doktor tu. Banyak yang aku belajar dari beliau terutama dari segi kepimpinan dan cara menjaga anak buah. Walaupun beliau mendidik dengan cara askar tapi itulah yang selayaknya bagi beliau kerana beliau memang seorang askar.
Mungkin bagi seorang bukan Palapes akan rasa kurang senang dengan bahasa-bahasa yang digunakan tapi itulah cara askar mendidik. Teringat ketika mula2 beliau ditukar ke Palapes UPSI tengok muka beliau je memang cuak. Tapi sekarang dah boleh bergurau senda. Banyak nasihat2 yang diberikan yang boleh digunakan pada masa akan datang.

Hidup perlu diteruskan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mejar Yusrizam akan posting ke MINDEF bermula semester hadapan. Aku doakan semoga beliau berjaya dalam hidup dan mencapai cita-citanya. Segala yang baik itu perlu diambil manakala yang tak baik itu dijadikan sempadan. InsyaAllah aku akan sentiasa ingat seorang pemimpin yang sentiasa mementingkan anak buah ni. Satu ayat insyaAllah aku akan sentiasa ingat iaitu hormat diri sendiri dahulu sebelum mahu orang lain hormati kita.
Sama-sama nyanyikan lagu 'Teman Sejati' untuk CI.
Lagu ni sama2 kami nyanyikan untuk Ketua Jurulatih:
Sayonara... sayonara... sampai berjumpa lagi,
Sayonara... sayonara... sampai berjumpa lagi,
Buat apa susah, buat apa susah,
Susah itu tak ada gunanya,
Buat apa susah, buat apa susah,
Susah itu tak ada gunanya,
Ingat ingat itu Remember,
Jangan lupa Don't Forget,
Saya sayang kamu I love U,
Hanya kaulah Only You...
Wallahu a'lam...